Halaman

Selasa, 18 Ogos 2009

Demam.....

mmmm........dah lama tak update.....quite bz ngan practical session kat Sek Keb Taman Tasik Jaya, Seremban....but now nie....aku tgh tahap bosan amat sgt sbb terperap kat bilik hospital KPMC Puchong, Selangor....FYI aku dah demam since 11 ogos aritu....ingat demam biasa tpisekali x kebah-kebah n bdn jd tak bermaya.....mula2 aku lyn demam sorg2 je kat seremban....
mujur ada pak lang...dia tlg2 tgk gak la....n kemuncak demam aku masa mlm 15 ogos....aku xlarat bgn,muntah-muntah n bdn jd lemah.....waktu tu alhamdulillah ramai yg tolong....pak lang dtg, housemate aku mas, zehan n ifa tlg jaga.....sementara tunggu paksu,maksu, akmal n aqidah dtg ambik dr seremban utk ke puchong.....masa yg sama....suami tercinta turut dlm perjalanan dgn flight dr sabah untuk dtg menjaga aku......best kan jd aku....ramai yg sayang n ambik berat.....da tk larat da pulak.......

Selasa, 4 Ogos 2009

MENCARI KETENANGAN DI SABAH...

Baru-baru ini saya telah pulang bercuti ke Sabah. Kehadiran saya kali nie ditemani oleh 2 orang kengkawan, asai pun mai Kedah. Gembira dan risau bercampur baur..maklumlah gembiranya dapat jumpa suami tersayang... risaunya jumpa keluarga mentua..hehehe..

Ambik flight dari penang dalam jam 9.45 pagi naik Airasia..dapat tiket murah tau.. teman seorang nama Ina dan sorang lagi nama Azrin..dua-dua bujang terantang tang... Ina kata nak try cari orang sabah juga...Azrin biasalah dok senyum aje... Abah dan mama serta anak penakan sorang pi hantq kat airport penang. Naik kapal senak perut juga tapi leh gagh lagi, dulu pun pernah naik kapal juga..time tu balik dari Johor dari umah Makcik Yoi,adik pada abah.. kalau tak silap time saya kecik lagi kot, p ngan adik keseayangan ku namanya Aqmal..cute tau...

Sampai kat sabah lebih kurang jam 1 petang..kena tunggu lama lah pulak...my husband tak cuti time tu...keja ngan KPDNKK. Kelam kabut juga lah... Tunggu lebih kurang sentengah jam baru nampak mukanya...mula-mula geram juga...tapi bile ternampak wajahnya cair.....biasalah rindu katakan... kalau tak silap my husband bawak makn kat Tanjung Aru kot...yup...Tanjung Aru...makan nasi goreng kampung...tapi tak la sedap sangat...Hubby kata tersalah masuk gerai makan...lapar punya pasal habis juga....

Sebelum balik Kota Belud daerah hubby saya lahir, kami sempat singgah di tempat rekreasi tepi pantai..nama pun da lupa da...Sempat lah pulak ambik gambar ngan kengkawan...oh ya my hubby datang jemput ngan kancilnya aje...ingatkan le rasa keta Isuzu D-Max barunya...hehehe.....tak kisahlah janji jumpa my hubby...First time sampai Sabah..tengok not bad jugalah...kira berbaloilah....hehehe..gurau ajelah..Sabah amat cantik...tengok aje gambar-gambar kami...rugi sape tak mai sabah....Oleh kerana pusing-pusing aera kk..Aisyehman KK....kami sampai di Kampun my hubby lebih kurang pukul 7.30 petang...dah gelap gelita da kat sini tau....aik tak larat nak tida la dulu....gambar pun tak larat nak upload da...sory na.....

Ahad, 17 Mei 2009

ADAKAH PATUT......

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Maka ramai lah rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Tidak kurang juga yang memuji kehebatan wanita tua nie...Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”.

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Rabu, 13 Mei 2009

SUMAYYAH WANITA PERTAMA MATI SYAHID..

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.


Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam. Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa. “Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.


“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal. “Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal. Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir. Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.


“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar. “Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang. “Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula. “Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.


“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari. Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir. Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka. “Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.


“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas. “Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga. Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal. Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah. “Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.


“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah. “Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah. “Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu. Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam. (ihsan rakan bloger) RENUNG-RENUNGKANLAH....

"INDAHNYA" INSAN INI....

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.


Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.


Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.


Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.....(ihsan rakan bloger)

RUMAHTANGGA DAN KEKELUARGAAN

Rumahtangga dan kekeluargaan merupakan satu institusi mulia yang telah ditetapkan oleh Allah stw sebagai satu fitrah dan sebagai pengimbang kehidupan manusia di dunia ini. Allah swt telah menetapkan dan meletakkan kedudukan rumahtangga dan keluarga sebagai pegimbang dan pengawal asas duniawi dan kehidupan manusiawi di dunia ini. Dimaksudkan dengan makna pegimbang dan pengawal asasi ialah keluarga berperanan mengawal dan membentuk peribadi kemanusiaan kepada kebaikan asasi sebagai seorang manusia sekalipun jauh dari bimbingan agama.

Di alam yang luas ini, dari pelbagai bangsa dan etika serta budaya, tidak semua makhluk manusia beriman kepada Allah swt dan wujud lebih jutaan billion manusia di dunia ini yang kafir namun bersyukur kita dengan kewujudan institusi kekeluargaan sejak zaman dahulu menjadikan sifat manusiawi seseorang itu terkawal dan terbentuk sekurang-kurangnya sebagai manusia piawai kualitinya terpenuhi dengan kewujudan keluarga.

Sejahat-jahat seorang manusia itu hari ini, kekeluargaan yang pernah dimilikinya ketika kecil menjadikan dia masih layak dikatakan sebagai manusia. Misalnya, seseorang itu belajar mengasihi ibu dan bapa, belajar kewujudan perkara yang dinamakan sebagai baik atau sebagai jahat, mempelajari sifat menghormati, mempelajari moral dan cara bertingkah laku sebagai manusia , cara memakan dan meminum sebagai manusia, cara berjalan sebagai manusia dan lain-lain.

Demikianlah rahmat Allah kepada manusia secara umum kepada semua hamba-Nya baik yang beriman atau yang tidak beriman namun tetap mendapat rezeki di dunia ini secara adil dan salah satu rezeki dan nikmat dunia yang paling besar ialah keluarga.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).(ihsan rakan blogger).

Selasa, 31 Mac 2009

i will miss him so much

hari nie bz sgt....class pack sgt rehat pun mcm x rehat....syukur sgt bila training hockey batal....so ada xtra time spend with hubby.....kesian kat my hubby hari nie dr pg smpi ptg bz....ari ni last nite dia kat seremban....esk ptg dia dah nak fly ke sabah......sedihnya aku...ada suami pun terpaksa berpisah....mcm mana pun aku kena tabah....aku faham even abg pun x sanggup nak berpisah ngan aku....we really close each other...tpi dia xkn tunjuk yg dia xsanggup coz abg tau aku akn lg sedih....hope cuti sek nie ktorg dapat jumpa...perkahwinan jarak jauh (PJJ).....aku akan sentiasa rindukan dia...xtau mcm mana nak hadapi hari esok...mujur pak lang sudi hntr smpi LCCT...if not abg kena take bas from nilai....aku harap aku dapat berthn....aku kena tunjuk yg aku kuat so that abg pun xkan risau sgt nak tinggalkn aku...persoalannya aku mampu ke?abang....ayang harap abang dpt jaga diri baik2 nnt....ayang amat mencintai abang n takkan ada org lain dlm hati ayang selain abang.....semoga kita dapat bersabar k dlm tempoh sethn nie....doakan agar sethn nie cepat berlalu...datang lawat ayang k.....mmmmuahhhh kat abg.

Jumaat, 20 Mac 2009

my pre honeymooon

18march2009 dari kulim ke KL by bus...naik plusliner travel mlm...1st time dlm hidup naik bas waktu mlm rasa selamat sgt n tido nyenyak.....semuanya bcoz my hubby ada....this is our first time travel after get married 4 days ago....ktorg sampai KL about 0430hrs....naik cab n check in at swiss hotel near Jln TAR.....just a bajet hotel but then puas hati coz mmg save giler...next day spent all day jalan2 times square n low yatt plaza semata2 nak cari my 1st own laptop....pening giler nak memilih...nasib baik ada my hubby, akmal n aqidah utk tlg cari spec yg best utk laptop....mlmnya kitorg gi mkn kat kg baru....tom yam dia best....after mkn2....balik hotel n tdo....krohhh....krohhh.....letih tapi puas hati.
19march2009, wake up....check out from hotel supposed to b kul 12tgh...but then ktorg check out awal coz nak ke seremban....sebelum ke seremban ktorg jalan2 n shopping skit kat Jln TAR....about 1100am from masjid jamek naik putra ke KL Sentral.....sampai je KL Sentral luckily x sampai 5 minit tgu...komuter utk ke Seremban pun sampai....perjalanan yg amat sejuk coz aircond dlm komuter yg sejuk tu ambik masa sejam setengah......sampai seremban pak lang dtg jemput.....lunch n solat kat umah pak lang about 2.30 p.m kitorg gerak ke Melaka.....
Melaka......jumpa ngan azlan (anak sedara) jalan2 sambil cari accomodation....at last dpt gak check in motel yg low rates tpi environment ok....plg best nye dkt ngan bandar...so senang walking distance jer....dinner part plg best...kitorg mkn kat UMBAI...seafood time....i love eating seafood.....ktorg melantak sehabis2nya mkn ikan bkr n ikan 3 rasa (ikan jenak seekor tpi masak 2 jenis), udang masak mentega, sotong celup tepung, siput lala n kerang masak cili.....yummy....rugi akmal n aqidah coz x jadi ikut ktorg....tp xpe next time k.....after dinner ktorg jalan2 kat menara taming sari, dataran pahlawan n mahkota parade.....lastly pas shopping2 souvenier ktorg hntr azlan kat melaka sentral......balik motel....bersihkan diri n tido.....krohhh....krohhhh